ASSALAMUALAIKUM.. SALAM SEJAHTERA
Bila disebut tentang KEKAYAAN, manusia akan terbayangkan harta yang banyk, kereta besar, rumah besar, isteri besar dan segalanya galanya adalah BESAR. BESAR itu sinonim dengan KEKAYAAN. Inilah yang disebut sebagai Accumulation of Wealth seperti yang dikonsepkan oleh orang orang Barat. Harta yang banyak = KAYA. Bila ditanya kepada semua manusia secara amnya, adakah mereka ingin menjadi KAYA? Jawapannya adalah YA. Tetapi, kadangkala ada yang berkata TIDAK. Tetapi, lumrah hidup manusia itu PASTI. Jangan kita membohongi naluri semulajadi kita. Sekiranya merka yang berkata TIDAK kepada kekayaan, adakah mereka memilih KEMISKINAN? Kerana KEKAYAAN lawannya KEMISKINAN. Sekiranya KEMISKINAN yang dipilih, maka orang itu adalah orang yang sanggup tinggal di rumah atau pondok usang, melihat anak anak kelaparan, melihat ahi keluarga dengan riak muka kekecewaan. Hati itu tidak menipu. Semua manusia impikan KEKAYAAN dan tidak mahukan KEMISKINAN. KEKAYAAN dan KEMISKINAN adalah ujian Allah unuk menguji hamba hambanya dan bukannya PILIHAN. Sekiranya kita memilih untuk hidup MISKIN, KELAPARAN, MEMINTA SEDEKAH, manusiakah itu? Sedangkan peminta sedekah tidak akan meminta sedekah sekiranya mereka memilih hidup di dalam KEMISKINAN. Kadangkala, ada antara kita yang berkata..” Hidup sederhana sajalah, tidak perlu fikir banyak banyak, syukurlah dengan apa yang ada”.KESEDERHANAN bagi setiap manusia berbeza. Mungkin KESEDERHANAAN Encik A adalah cukup ada 6 buah banglo, 6 Mercedes dan 6 BMW. Tetapi, Encik B pula memilih unyuk hidup di dalam rumah flat, menunggang motor EX5 dan memandu Kereta Kancil. Akal fikiran manusia lebih pantas memikirkan dua perkara iaitu KAYA dan MISKIN. Sesungguhnya kita tidak dilarang untuk menjadi KAYA bahkan diharuskan mengejar kekayaan asalkan kita tahu menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang ISLAM. Dari pemerhatian saya, ORANG KAYA itu lebih warak daripada mereka yang tidak kaya. Ketika saya bekerja sebagai seorang PUMP ATTENDANT di sebuah stesen minyak di sebuah kawasan ELIT berdekatan SHAH ALAM, saya dapat melihat,tepat jam 9 malam, berpusu pusu Mercedes, BMW, Volvo dan banyak lagi kereta kereta mewah datang ke stesen minyak. 9/10 daripada mereka yang datang adalah mereka yang baru pulang menunaikan solat berjemaah di masjid. Kopiah masih lagi melekat di kepala dan kain pelikat masih lagi terikat di badan. Siapakah mereka ini. Kenapa kita sering mengatakan bahawan orang kaya lupa kepada agama, lupa kepada akhirat. Mereka mereka inilah yang membangkitkan kesedaran saya tentang kekayaan. Dari pengamatan saya, mereka ini sedar bahawan kekayaan itu datangnya daripada ALLAH kerana DIAlah yang MAHA KAYA. Dan untuk menjadi KAYA, kita harus meminta kepadaNYA. Apabila kita sudah mencapai kekayaan dan kebebasan kewangan, ibadah kita menjadi lebih sempurna kerana kewangan bukan lagi masalah bagi kita. Kita tidak akan memikirkan soal kewangan tetapi kita hanya akan berusaha memantapkan ibadah kepada ALLAH. Berbanding mereka yang tidak kaya, bagaimana kita ingin mencapai KEKAYAAN di akhirat sedangkan KEKAYAAN di dunia pun tidak tercapai. Apabila kita tidak menjadi KAYA, masalah akan banyak timbul dan ibadah kita menjadi kurang sempurna. Bayangkanlah kesemua umat ISLAM khususnya di MALAYSIA adalah orang yang KAYA dan TAWADDUK, indah dan amanlah MALAYSIA ini. Tidak akan ada orang ISLAM yang ditindas kerna kita menguasai ekonomi.. Maka KEKAYAAN ITU ADALAH HARUS.Sekiranya kita ingin mencapai kekayaan secara individu, capailah ia. Sekiranya kita tidak mampu, capailah KEKAYAAN itu secara berkumpulan. Dan sekiranya kita tidak mampu juga, BANTULAH mereka yang anda lihat punyai potensi untuk menjadi KAYA.
